Teratai Bunga Indah



 
I recommend you to using mozilla firefox 2 when visit my blog
My Photo
Name:
Location: Johor Bahru, Johor, Malaysia

..................................................................................................................................................................................

MUNAJAT

..................................................................................................................................................................................

Ya Rahiim...

Hamba ini terlalu banyak menanam pohon kesalahan

Dan fakir ini tahu buahnya azab di negeri yang kekal

Berpesan ya siArifBillah agar sirami dengan air taubat

Katanya mereka gila tetapi sebenarnya tidak

Jasadnya di bumi, rohnya di langit

Hatinya menjulang di antara bintang

Ya Rahmaan...

Hantarkan siJAHIL ini seorang mursyid

Untuk memanjat ketinggian wara'

Dan menuju ketinggian zuhud

Bagi menebus dosa dosa yang terdahulu

Ya Khaliq...

Tunjukkan siBODOH ini rawa hikmat

Ajarkan...

Berilah ilmu mengemudi perahu fatanah

Izinkanlah HAMBA BERDOSA ini menyelami lautan ma'rifah

Kerana sudah terlalu rindu Ya Rahmaan...Ya Rahiim...

Kerana sudah terlalu rindu untuk pulang...

Ke daerah asal...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Design By zube || Copyright © 2006 Teratai79 Blog || Visitor Since 11 January 2006. || Best View Resolutin 1027x768